Jururawat kita berdepan 70 sebatan khalwat di Jeddah.
Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi. Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan. Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.
Mengikut akhbar tempatan bertarikh 14 Disember 2009 telah menyatakan bahawa seorang jururawat warga Malaysia berumur lingkungan 30-an telah berkhalwat dengan seorang doktor yang juga warga Malaysia berumur 40-an.
Mereka ini pergi bertugas ke atau pergi untuk ber"honeymoon". Tak pasal-pasal, berkhalwat jer dah kena hukum 70 sebatan.
Doktor tu pulak telah melarikan diri dan tinggalkan kekasihnya. Adakah patut seorang doktor yang beragama Islam dah lah melakukan kesalahan, lepas tu lari meninggalkan kekasihnya. Buat hal pulak di negara yang boleh dikatakan ketat dengan hukum-hukum Islam. Dipercayai doktor itu menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kesnya di hadapkan ke mahkamah. Macam mana pulak doktor nie boleh dapatkan pasport palsu ?
Ini menunjukkan kawalan dari segi pendaftaran di Negara Arab Saudi tidak terlalu ketat.
Perbuatan pasangan ini telah mengaibkan negara kita. Sepatutnya pasangan ini menjaga maruah negara kita yang tekenal dengan tatasusila dan sopan santun . Mereka patut dijatuhkan hukuman yang setimpal apabila mereka kembali ke Malaysia. Ini adalah untuk menyedarkan pasangan tersebut.
Bagi doktor yang tak bertanggungjawab jangan fikir didunia anda boleh lepas tetapi di akhirat..........
Bagi orang yang bersubahat pulak sepatut dijatuhkan hukum yang sama seperti pasangan doktor dan jururawat.